Keadaan Adik Arjuna Membimbangkan, COURTS Malaysia Prihatin



Kuala Lumpur – Oktober 4, 2022: Pada bulan Kemerdekaan yang lalu COURTS Malaysia telah melancarkan campaign “You Share, We Donate” dengan kerjasama Kitafund melalui Facebook mereka bagi membantu Adik Arjuna yang menghidap penyakit Arthrogryposis Multiple Congenital sejak usia 4 bulan.

Dengan matlamat yang murni bagi membantu anak-anak muda yang sepatutnya menjadi tonggak kepada negara kita di masa hadapan, COURTS Malaysia telah memutuskan untuk membantu Adik Arjuna selepas mengetahui keadaannya melalui platform Kitafund.

Kesihatan adik Arjuna telah membataskan dirinya untuk bergerak seperti kanak-kanak yang lain dan disebabkan keadaan antibodinya yang menurun, telah menyebabkan dia kerap demam. Pembedahan adik Arjuna perlu dijalankan dengan segera dan telah dijadualkan selepas Awal Muharram pada 31 Julai 2022, namun terpaksa ditangguhkan akibat kesihatan Arjuna yang tidak mengizinkan. Ibu bapa kepada adik Arjuna masih menanti tarikh baru kerana pembedahan adalah langkah terbaik bagi mengurangkan risiko lumpuh.

“Hal menjadi lebih sukar apabila suami keluar bekerja dan saya terpaksa menguruskan kedua anak kami sendirian. Oleh itu, suami memutuskan untuk membuat kerja kampung agar sebahagian masanya dapat membantu saya menguruskan anak-anak kami dirumah” kata Puan Husna, Ibu kepada Adik Arjuna. Menghidapi Schizophrenia, Puan Husna tetap bergigih hati dan tenaga dalam menguruskan keluarga walaupun keadaannya tidak stabil.

Tatkala anak sulungnya masih dalam proses penyembuhan dan memerlukan rawatan, pendapatan harian suami yang tidak menentu hanya menampung perbelanjaan keperluan harian dan disisakan untuk tabungan kecil bagi hal-hal kecemasan menyebabkan keterbatasan bagi mereka sekeluarga untuk menampung kos pembiayaan pembedahan tulang belakang Arjuna yang terlalu tinggi.
Prihatin dengan keadaan keluarga Puan Husna, COURTS melancarkan kempen “You Share, We Donate” dimana untuk setiap 1 perkongsian yang dibuat oleh umum, COURTS akan menyumbangkan RM 1 kepada adik Arjuna. Pihak COURTS turut mengajak orang ramai untuk sama-sama menyebarkan siaran media sosial tersebut supaya lebih ramai mengetahui keadaan adik Arjuna sekeluarga dan bersama-sama menghulurkan bantuan. COURTS juga turut membantu menghulurkan bantuan melalui wang ringgit sejumlah RM2163.00 dan keperluan asas dengan harapan sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga mereka.

Berkenaan COURTS Asia Limited

COURTS Asia Limited, syarikat induk untuk peruncit terkemuka – COURTS (Singapore) Pte Ltd, COURTS (Malaysia) Sdn Bhd, PT COURTS Retail Indonesia dan Nojima Cambodia. Dimiliki sepenuhnya oleh Nojima Corporation, peruncit terkemuka di Jepun, yang beribu pejabat di Yokohama. Ditubuhkan pada tahun 1962 dan disenaraikan di Tokyo Stock Exchange sejak tahun 2016. Nojima fokus dalam penjualan peralatan rumah digital, dan mempunyai lebih 900 rangkaian runcit dengan permodalan pasaran RM4.3 bilion dan pendapatan sebanyak RM18.9 bilion.

COURTS mencipta nama di Malaysia sejak tahun 1987 sehinggalah ke hari ini, mengendalikan lebih 46 buah kedai di seluruh negara. Selama bertahun-tahun, COURTS telah mengembangkan rangkaiannya produknya dengan lebih meluas termasuk barangan elektrik, elektronik dan perabot dengan pelbagai jenama terkenal di bawah satu bumbung.

Berbangga dengan misi korporatnya, "'Menjadikan barangan rumah impian mampu milik', COURTS komited untuk menawarkan harga yang kompetitif bagi seluruh rangkaian produk yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan pelanggan. COURTS membuatkan barangan rumah impian lebih realistik dengan menawarkan plan pembayaran mudah ansuran kredit.

Berkenaan Kitafund

Kitafund merupakan platform pengumpulan dana sosial, dibawah Kita Global Group Sdn. Bhd. (1343946-D) dengan tujuan membantu orang awam mengumpulkan dana bagi mereka yang memerlukan. Bermula sebagai platform pengumpulan dana bagi tujuan perubatan pada 9 May 2019 dan kemudian berkembang kepada lebih banyak kategori seperti kemanusian dan kempen projek khas. Sehingga 1 Ogos 2022, Kitafund.com telah berjaya mengutip sebanyak RM 18.6 juta dana melibatkan 201, 000 penyumbang.